Pada hakikatnya pemikiran Hizbut Tahrir adalah al-Quran dan al-Sunnah, namun dengan pemahaman kelompok sesat Mu’tazilah bukan dengan pemahaman Rasulullah S.A.W.
Mereka mendahulukan akal dalam memahami agama dan menolak hadis ahad dalam masalah akidah adalah merupakan ciri khas fahaman Hizbut Tahrir. Oleh yang demikian, Asy-Syaikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah yang merupakan ahli hadis di abad ini telah menjuluki mereka dengan al-Mu’tazilah al-Judud (Mu’tazilah gaya baru).
Hizbut Tahrir mengatakan dalam kitab Nidaun Harrun ilal Muslimin min Hizbut Tahrir “Maka Islam sebagai pemikiran-pemikiran maka asasnya adalah akal’. Perkara tersebut menunjukkan Hizbut Tahrir banyak terpengaruh dengan kelompok Mu’tazilah yang merupakan terawal bagi semua kelompok rasionalis dalam Islam yang menjadikan akal sebagai hakim secara mutlak.
Penyampaian dakwah terhadap perkara tauhid dan akhlak mulia tanpa kekerasan seperti yang diwar-warkan sangatlah mereka abaikan. Bahkan secara terang-terangan mereka menyatakan dalam Strategi Dakwah HT dalam kitab tersebut iaitu di halaman 40-41, dakwah kepada akhlak mulia tidak dapat menghasilkan kebangkitan, dakwah kepada akhlak mulia bukan dakwah yang dapat menyelesaikan permasalahan utama kaum muslimim iaitu menegakkan sistem khilafah.
Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah Majlis Fatwa Jabatan Agama Selangor, JAKIM dan beberapa Jabatan Agama yang lain telah menfatwakan bahawa ajaran Hizbut Tahrir sebagai sesat.
Sumber:
1. https://salafy.or.id/- Membongkar kesesatan Hizbut Tahrir
2. https://aslibumiayu.net/- Apa itu gerakan Hizbut Tahrir?